Tak puas hati dipecat, Inspektor Sheila dibenar cabar Ayob Khan, tiga pihak lain

Iklan
Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Sheila memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, terhadap empat pihak termasuk bekas Pengerusi Lembaga Tatatertib Polis Diraja Malaysia, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Hakim, S Indra Nehru memutuskan demikian selepas Peguam Negara (AG) diwakili Peguam Persekutuan, Mohd Solihin Md Zaki tidak membantah permohonan berkenaan.

Iklan
Iklan

Mohd Solihin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 29 Oktober lalu, Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar memfailkan permohonan secara sebelah pihak iaitu ex-parte, selepas dipecat daripada jawatan berkenaan berkuat kuasa 3 Julai lalu.

Iklan

Sheila, 38, selaku pemohon memfailkan perkara itu menerusi Tetuan M Manoharan & Co pada 29 Oktober lalu dengan menamakan Ayob Khan, Lembaga Tatatertib Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia selaku responden-responden.

Berdasarkan affidavit sokongan, wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan pemecatannya, dengan mendakwa tidak diberi peluang sewajarnya untuk membela diri.

Iklan

Dalam permohonan tersebut, Sheila memohon Mahkamah Tinggi membatalkan dua keputusan tatatertib yang membawa kepada pemecatannya.

AKAN MENYUSUL