PUTRAJAYA - Seorang pembantu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
"KLSCAH: Ya, saya boleh mengesahkan perkara itu. Tiga pegawai SPRM datang ke pejabat saya di Jabatan Wilayah Persekutuan semalam dan meminta pembantu saya hadir ke SPRM pagi ini bagi membantu siasatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Iklan
Iklan
Pada 14 November lepas, kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH bagi tempoh 99 tahun dengan premium tanah ditetapkan pada kadar nominal RM1,000, pengurangan ketara berbanding anggaran premium sebelum ini sebanyak kira-kira RM4.67 juta.
Hannah berkata, keputusan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memelihara mercu tanda bersejarah Kuala Lumpur serta memastikan institusi yang mempunyai nilai warisan dapat terus berkhidmat kepada generasi akan datang.
Beliau berkata, kadar premium nominal itu diluluskan susulan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan pertimbangan khas terhadap pemeliharaan bangunan bersejarah berkenaan selepas mengunjungi dewan itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 17 Februari lepas. - Bernama