Padah bawa muatan berlebihan

Iklan
Sebuah lori yang membawa muatan besi gelung disita JPJ Pahang selepas dikesan melebihi had Berat Dengan Muatan (BDM) dalam operasi di Gebeng, pada Selasa. Foto JPJ Pahang.

KUANTAN – Sebuah lori membawa besi gelung disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang selepas dikesan melebihi had Berat Dengan Muatan (BDM) sebanyak 19,920 kilogram dalam operasi di Gebeng di sini pada Selasa.

JPJ Pahang menjelaskan lori berkenaan mencatatkan berat keseluruhan 57,920 kilogram ketika diperiksa dalam Ops Khas Lebih Muatan di hadapan Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).

Iklan
Iklan

"Jumlah itu melebihi had BDM yang dibenarkan iaitu 38,000 kilogram, sekali gus mencatatkan lebihan sebanyak 52.4 peratus," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Menerusi hantaran itu, JPJ memaklumkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kenderaan perdagangan berkenaan mengikut Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Iklan

"Lori itu turut disita mengikut Seksyen 80(1) akta sama sebelum dibawa ke Depoh Sita SPK Paya Rambutan untuk tindakan lanjut," katanya.

JPJ Pahang memaklumkan pihaknya akan terus mempergiat aktiviti penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan bagi memastikan pematuhan had muatan yang ditetapkan.

Iklan

Jelas hantaran berkenaan, usaha tersebut mengurangkan risiko kemalangan serta kerosakan infrastruktur jalan raya.