Banjir: Mangsa di Selangor dan Perak berkurangan, Terengganu meningkat sedikit

Iklan
Situasi banjir di Selangor dan Perak semakin baik manakala Terengganu mencatat sedikit peningkatan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Selangor dan Perak menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan manakala Terengganu mencatatkan sedikit peningkatan setakat jam 4 petang tadi.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,158 orang daripada 324 keluarga petang ini berbanding 1,375 orang daripada 393 keluarga pagi tadi.

Iklan
Iklan

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapan PPS masih beroperasi di Kuala Selangor dengan SK Dato’ Maharaja Lela menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 385 orang.

Ia diikuti SK Parit Mahang (235), Sekolah Rendah Agama (SRA) Pasangan (149), Sekolah Agama Batu 8 Ijok (120) dan SK Sultan Abdul Aziz (106).

Iklan

Tiga lagi PPS di daerah itu ialah Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah yang menempatkan 92 mangsa, SRA Bukit Kuching (53) dan KAFA Integrasi Hidayah Bukit Cherakah (dua) manakala Balai Raya Kampung Sungai Kelambu di Kuala Langat menempatkan 16 mangsa.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang berlindung di empat PPS di empat daerah menurun kepada 255 orang daripada 73 keluarga petang ini berbanding 325 orang daripada 97 keluarga pagi tadi.

Iklan

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman di Kerian yang dibuka sejak 17 November lepas ditutup selepas kesemua 31 mangsa daripada 10 keluarga dibenarkan pulang ke rumah.

Sebanyak 127 mangsa berada di PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai, Manjung; PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan, Hilir Perak (85); PPS SK Bukit Merah, Kerian (33) dan PPS SK Batu Hampar di Larut, Matang dan Selama (10).

Sementara di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus meningkat sedikit kepada 135 orang daripada 43 keluarga berbanding 125 orang pagi tadi.

Portal Public InfoBanjir melaporkan empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan paras air sungai melebihi tahap waspada, melibatkan Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Jambatan Keruak (F2) di Besut serta Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Kampung Bukit di Setiu. - Bernama