SHAH ALAM - Ganjaran lumayan berbanding risiko ditanggung menjadi antara faktor kegiatan mencuri kabel semakin berani dilakukan secara terbuka termasuk pada siang hari dan di hadapan orang ramai.
Pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, harga tembaga yang melambung tinggi di pasaran dunia menjadikan setiap kilogram kabel sangat bernilai dan ia boleh diibaratkan sebagai 'keuntungan segera' buat sindiket.