'Bulan kedua' bumi lenyap pada Januari 2027

Iklan
2026 QQ8 berukuran kira-kira satu hingga dua meter dan terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar.

WASHINGTON - Bumi kini mempunyai ‘bulan kedua’ buat sementara waktu apabila sebuah asteroid kecil dikenali sebagai 2026 QQ8 berada di bawah pengaruh graviti ketika mengelilingi matahari sebelum dijangka meninggalkan kawasan berhampiran planet ini pada bulan depan atau awal Januari 2027.

Menurut ahli astronomi, 2026 QQ8 berukuran kira-kira satu hingga dua meter dan terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Kehadirannya bagaimanapun tidak menimbulkan ancaman kerana objek itu tidak berada pada laluan perlanggaran dengan bumi.

Iklan
Iklan

Fenomena tersebut berlaku apabila asteroid yang menghampiri bumi berada pada kedudukan dan kelajuan tertentu sehingga tarikan graviti planet menyebabkan objek itu 'terikat sementara'.

Fenomena ‘bulan mini’ bukanlah sesuatu yang baharu kerana bumi pernah mengalami keadaan sama apabila asteroid kecil tertentu 'ditangkap' sementara oleh graviti sebelum kembali ke orbit mengelilingi matahari.

Iklan

Walaupun saiznya amat kecil berbanding bulan sebenar, kehadiran 2026 QQ8 memberi peluang kepada ahli astronomi mengkaji lebih lanjut tentang pergerakan objek angkasa yang kerap melintasi kawasan sekitar bumi.

Asteroid itu dijangka menghampiri bumi sekali lagi pada masa hadapan, namun tidak akan terperangkap dalam orbitnya seperti sekarang. - Agensi

Iklan