'Hati-hati beri pandangan, jangan sampai sentuh sensitiviti agama' - Mat Sabu

Iklan
Mohamad (dua dari kanan) pada sidang media Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada Sabtu.

SHAH ALAM - Pemimpin politik diingatkan supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan lebih berhati-hati dalam menyampaikan pandangan masing-masing.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, semua pihak perlu menghormati perkara dianggap sensitif oleh mana-mana agama bagi mengelakkan ia menyinggung perasaan penganut agama berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kalau tersasar, kita kena cepat membetulkan keadaan itu. Itu yang kita lihat berlaku sekarang," katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Nasional 2026 Amanah di Dewan Raja Muda Musa pada Sabtu

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung arahan penutupan premis perniagaan ketika solat Jumaat di Terengganu

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Poay Tiong pada Sabtu memohon maaf secara terbuka susulan hantarannya berhubung arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika waktu solat Jumaat.

Beliau mengakui, terdapat kelemahan dalam penyampaian pandangannya, terutama dari segi pemilihan kata dan nada sehingga menimbulkan salah faham serta menyinggung perasaan masyarakat, terutama umat Islam.

Iklan

Bagaimanapun, Mohamad berpandangan, reaksi terhadap isu sensitif yang membabitkan pemimpin politik berbeza parti dilihat tidak seimbang, termasuk apabila kenyataan seorang pemimpin Pas mengkritik pihak lain.

"Apabila seorang pimpinan Pas mengkritik sahabat sebegitu rupa, ia bergolak sekejap sahaja.

"Selepas itu macam orang sudah lupa, padahal kata-kata itu lebih dahsyat," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mendakwa, kritikan hebat terhadap Poay Tiong berbanding reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh sebelum ini menunjukkan isu sensitiviti agama turut dipengaruhi kepentingan politik.

Beliau membangkitkan kenyataan Nik Muhammad Zawawi yang mengaitkan sahabat Rasullah SAW iaitu Abu Bakar as-Siddiq dengan gelaran bapa ceti dan Umar al-Khattab dengan perlakuan zina sebelum memeluk Islam, namun mendakwa perkara itu tidak menerima kecaman setara.

Khalid berkata, keadaan itu menunjukkan isu berkenaan boleh dijadikan modal politik untuk meraih sokongan, bukannya dibangkitkan atas dasar kejujuran dan keikhlasan.

"Bila mereka cakap semua diam, tak ada orang kecam. Sedangkan apa yang dikatakan oleh ahli parlimen Pasir Putih itu jauh lebih dahsyat.

"Ni yang menjadi masalah dan kita harap rakyat Malaysia khususnya orang Melayulah nampak benda ini adalah mainan politik, bukan kejujuran, bukan ikhlas. Tetapi semata-mata untuk dapatkan 'political point'," katanya lagi.