Pekerja Bangladesh bina rumah RM825,000 di kampung, jemput majikan berkunjung

Iklan
Seorang pekerja Bangladesh sanggup membelanjakan kira-kira 25 juta taka (RM825,000) bagi membina rumah mewah di kampung halamannya. Foto: Al Amin Rural Blog

DHAKA – Seorang pekerja Bangladesh di Singapura sanggup membelanjakan kira-kira 25 juta taka (RM825,000) bagi membina rumah mewah di kampung halamannya, malah turut menjemput majikannya dari negara itu untuk melihat sendiri kediaman berkenaan, lapor laman berita Stomp.

Kisah lelaki itu mendapat perhatian selepas satu video yang dikongsikan pengguna Facebook, Al Amin Rural Blog, memaparkan seorang pencipta kandungan melawat rumah tersebut sambil berbual dengan pemiliknya dan majikan dari Singapura.

Iklan
Iklan

Menurut lelaki berkenaan, penduduk dari bandar Cumilla lazimnya membawa majikan masing-masing pulang ke kampung halaman untuk berkunjung.

Pemilik rumah itu berkata, reka bentuk kediamannya yang menampilkan penggunaan panel kaca secara meluas mengambil inspirasi daripada seni bina rumah di Singapura.

Iklan

Ketika ditanya mengapa tidak menggunakan wang berkenaan untuk membeli hartanah di kawasan bandar, dia menjelaskan bahawa membina rumah impian di kampung sendiri merupakan hasrat yang sudah lama dipendam.

Video itu turut mencuri perhatian pengguna media sosial apabila meraih lebih 4.7 juta tontonan dan 168,000 tanda suka di Facebook.

Iklan

Rata-rata netizen memuji usaha serta kegigihan lelaki tersebut, selain menyifatkan rumah berkenaan sebagai bukti hasil kerja kerasnya mencari rezeki di luar negara. – Agensi