Lori 3 tan terbakar 80 peratus ketika diparkir di hadapan HTAA

Iklan
Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran lori 3 tan di hadapan Klinik Pakar, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada Rabu. Foto Bomba Pahang.

KUANTAN – Sebuah lori tiga tan terbakar kira-kira 80 peratus ketika sedang diparkir di hadapan Klinik Pakar, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini pada petang Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.18 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian.

“Lori berkenaan sedang diparkir ketika kejadian dan bukan aset kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau memberitahu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Kuantan menjalankan pemadaman menggunakan dua aliran hos air tangki pam jentera bomba sehingga api padam sepenuhnya.

 

Iklan