PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) mengemukakan hanya satu nama calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mendapat perkenan baginda.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, warkah mencadangkan nama calon berkenaan telah diserahkan kepada pihak istana susulan surat peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.