WASHINGTON - United Airlines melaporkan gangguan sistem secara meluas pada Isnin dan memberi amaran mengenai kemungkinan gangguan penerbangan ketika syarikat itu berusaha memulihkan sistemnya, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
Iklan
Iklan
"Kami menyedari gangguan sistem secara meluas ini dan pasukan kami sedang berusaha keras untuk memulihkan operasi secepat mungkin," menurut syarikat penerbangan itu menerusi platform X.
United Airlines turut berterima kasih kepada pelanggan atas kesabaran mereka dan menggesa penumpang supaya sentiasa menyemak maklumat penerbangan masing-masing sementara usaha menangani masalah itu diteruskan.
"Bagaimanapun, penerbangan yang sedang berlangsung serta penerbangan United Express tidak terjejas," menurut syarikat itu.- Bernama-Anadolu