Keputusan PSRA Selangor diumum Khamis ini - JAIS

Iklan
Orang ramai khususnya ibu bapa dan murid yang menduduki PSRA boleh mengikuti pengumuman itu menerusi saluran disediakan JAIS. Foto hiasan

SHAH ALAM - Keputusan Peperiksaan Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tahun 2026 akan diumumkan pada Khamis ini.

Majlis pengumuman keputusan itu berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bermula jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut atur cara majlis, pengumuman keputusan PSRA disempurnakan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menerusi ucaptama Pelancaran Hala Tuju Globalisasi Pentaksiran Pendidikan JAIS.

Majlis turut menyaksikan ucapan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, selain penyerahan jadual keputusan PSRA dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PSRA.

Iklan

Majlis itu diadakan secara bersemuka dan maya dengan pendaftaran jemputan bermula jam 10 pagi.

Orang ramai khususnya ibu bapa dan murid yang menduduki PSRA boleh mengikuti pengumuman itu menerusi saluran disediakan JAIS.

Iklan