[VIDEO] Dewan Rakyat kecoh pantun 'kencing' Ahmad Maslan

Iklan

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini kecoh apabila Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menyelitkan pantun berunsur sindiran ketika menjawab celahan Datuk Ngeh Koo Ham (PH - Beruas) berhubung isu penghapusan tol.

Ahmad (BN - Pontian) ketika menjawab perkara itu berkata, terdapat beberapa janji politik yang masih belum ditunaikan, termasuk berkaitan perkara itu.

Iklan
Iklan

Rayer bangkit membantah pantun berunsur sindiran yang dibuat Ahmad

Beliau kemudian mengaitkan perkara itu dengan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang sebelum ini membuat pengiraan berkaitan kos penghapusan tol.

Iklan

"Saya dengar masa itu terutama Tony Pua membuat perkiraan, berdiri di tol MEX dan sebagainya. Penghapusan tol memang ada janji tetapi bukan kami (yang) janji.

"Ada banyak janji tak tertunai. Saya ada pantun tentang itu: 'Jika tuan pergi memancing, jangan lupa membawa umpan, kalau tuan tak nak kena kencing, sokong Barisan dan Perikatan," katanya.

Iklan

Kenyataan itu mencetuskan bantahan RSN Rayer (PH - Jelutong) yang mempersoalkan sama ada Ahmad memberikan jawapan dalam kapasiti sebagai Timbalan Menteri atau pemimpin UMNO.

Rayer menegaskan, Ahmad sepatutnya menjawab urusan kerajaan dan bukannya menyindir pemimpin serta Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

"Takkan kita nak duduk di sini mendengar jawapan dan rentetan seperti ini. Don't insult us in the House (Jangan hina kami dalam Dewan).

"Kamu di sini adalah sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan. Jangan malukan diri sendiri. Kita dengar timbalan menteri buat sindiran terhadap pemimpin ahli Parlimen PH. Kita dalam Kerajaan Perpaduan dan memang ada janji yang belum tertunai.

"Saya minta beliau tarik balik perkataan 'kencing' dan minta maaf kepada Ahli Parlimen PH," katanya.

Selepas dinasihatkan Timbalan Speaker, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor, Ahmad kemudian menarik balik penggunaan perkataan 'kencing' dalam pantun berkenaan, namun menafikan menyebut perkataan Pakatan Harapan ketika menyampaikan sindiran itu.