Pengarah syarikat kecantikan mengaku tidak bersalah gagal bayar cukai

Iklan
Tertuduh hadir ke mahkamah dengan ditemani peguamnya.

GEORGE TOWN - Seorang pengarah di syarikat menjalankan perniagaan kecantikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 di sini pada Isnin di atas 12 saman kerana gagal membuat bayaran cukai jualan.

Kesemua saman tersebut melibatkan empat pertuduhan melibatkan dirinya serta syarikat di antara tempoh 1 Jun 2024 hingga 21 Julai 2025.

Iklan
Iklan

Foo Kok Keong, 44, yang merupakan pengarah syarikat Areoma Wellness Sdn Bhd mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di dalam bahasa Melayu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi enam saman ke atasnya serta enam saman ke atas syarikatnya itu.

Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa gagal membuat bayaran cukai jualan mengikut tempoh masa yang ditetapkan yang melibatkan enam tempoh bercukai dengan tunggakan keseluruhan cukai jualan dan penalti sebanyak RM89,093.82.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian Cukai Dalam Negeri(SST), Cawangan Penguatkuasaan Pendaftaran, Tingkat 6 Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing antara 3 September 2024 hingga 3 September 2025.

Iklan

Oleh demikian, mereka didakwa di bawah seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 kerana melanggar Seksyen 26(4) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, S Bakialetchumy manakala lelaki berkenaan diwakili peguam, P Vaasu.

Hakim, Irwan Suainbon kemudiannya menetapkan 7 Disember depan untuk serahan dokumen.