TENAGA Nasional Berhad (TNB) Thunderstars secara rasminya dinobatkan sebagai juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 biarpun tewas 1-2 kepada Terengganu Hockey Team (THT) pada aksi terakhir liga di Stadium Hoki TNB, Putrajaya pada Sabtu.
Kemenangan THT itu turut mengesahkan mereka selaku naib juara liga selepas mengumpul 27 mata, sekali gus mengetepikan pencabar terdekat, Maybank.