GANDINGAN beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King menempah tiket ke final kejohanan badminton Jepun Masters 2026 selepas menewaskan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada aksi separuh akhir di Gimnasium Wilayah Kumamoto pada Sabtu.
Aaron-Roy King mempamerkan aksi cemerlang apabila menundukkan beregu ranking 14 dunia itu secara straight set 21-18, 21-18 dalam tempoh 38 minit.