Bot daripada cendawan, lelaki dayung sejauh 42 kilometer

Iklan
Bot seberat kira-kira 48 kilogram itu mengambil masa tujuh minggu untuk dibentuk. Foto Agensi

AMERIKA SYARIKAT - Seorang artis dari Los Angeles, mencipta kelainan apabila berjaya mengharungi perjalanan sejauh 26.37 batu (42.44 kilometer) menggunakan sebuah kayak yang diperbuat sepenuhnya daripada bahan berasaskan kulat.

Sam Shoemaker mencatat rekod perjalanan solo terpanjang menggunakan bot daripada miselium kulat, sekali gus memperoleh pengiktirafan Guinness World Records.

Iklan
Iklan

Perjalanan itu dilakukan pada Ogos 2025 apabila beliau mengayuh dari Pulau Catalina ke Cabrillo Beach di tanah besar California selama kira-kira 12 jam.

Kayak sepanjang 3.66 meter itu dibina menggunakan miselium Ganoderma polychromum, iaitu struktur seperti akar yang membentuk rangkaian pertumbuhan kulat.

Iklan

Bot seberat kira-kira 48 kilogram itu mengambil masa tujuh minggu untuk dibentuk, manakala proses penyediaan dan pengujiannya mengambil masa tiga bulan.

Shoemaker yang sudah lebih sedekad mengkaji dan menghasilkan karya seni menggunakan pelbagai spesies kulat turut melihat potensinya sebagai alternatif mesra alam kepada plastik dan bahan binaan yang tidak boleh diperbaharui.- Agensi

Iklan