Monyet kebas wang pencen RM4,000

Iklan
Gambar kiri: Orang ramai mengejar monyet berkenaan yang lari ke atas pokok. Gambar kanan: Sebahagian daripada wang pencen yang dapat dikumpul semula. Foto Agensi

INDIA - Seorang pesara di Shimla, Himachal Pradesh, berdepan pengalaman luar biasa apabila wang tunai sebanyak 81,800 rupee (kira-kira RM4,000) yang dibawanya untuk dimasukkan ke bank dirampas seekor monyet.

Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran pejabat pesuruhjaya daerah apabila haiwan itu tiba-tiba merampas bungkusan wang berkenaan.

Iklan
Iklan

Monyet tersebut kemudian memanjat pokok, mengeluarkan wang kertas daripada bungkusan sebelum mencampakkannya ke kawasan cerun bukit.

Keadaan itu menyebabkan pesara berkenaan kelam-kabut mengutip wangnya yang bertaburan.

Iklan

Bagaimanapun, beberapa penduduk yang berada di lokasi segera membantu mengumpulkan wang kertas dan memulangkannya kepada lelaki itu.

Sebahagian besar wang berjaya diselamatkan, namun kira-kira 1,500 rupee dilaporkan hilang manakala beberapa keping wang kertas mengalami kerosakan.

Iklan

Insiden itu turut mencetuskan perbincangan mengenai masalah gangguan monyet di kawasan pelancongan Shimla.- Agensi