PRN Melaka: Chee Yee pemenang paling muda, Ab Rauf tertua

Iklan
Chee Yee, 34, muncul sebagai pemenang termuda PRN Melaka ke-16, manakala penyandang Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh, 65, pemenang tertua.

KUALA LUMPUR - Calon Pakatan Harapan (PH), Kerk Chee Yee, 34, muncul sebagai pemenang termuda Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, manakala penyandang Ketua Menteri Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh, 65, pemenang tertua.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh itu memperoleh 14,078 undi daripada pertandingan empat penjuru menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Gan Peng Lam dengan 8,474 undi, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah dari Bersama (1,932 undi) dan Mohd Hamnaim Mohamad dari Bersatu (1,077 undi)

Iklan
Iklan

Chee Yee, yang menyandang kerusi berkenaan sejak dua penggal lepas, sekali gus menang dengan majoriti 5,604 undi.

DUN Ayer Keroh yang mempunyai 38,252 pengundi berdaftar ialah satu daripada empat kerusi DUN di bawah Parlimen Hang Tuah Jaya.

Iklan

Pada masa sama, Ab Rauf mengekalkan penguasaan di DUN Tanjung Bidara apabila memperoleh 10,079 undi untuk menewaskan calon PH Mohd Yunazri Mustamiri yang meraih 1,464 undi dalam saingan satu lawan satu.

Pengerusi BN Melaka itu mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 8,615 undi, yang menyaksikan jumlah majoriti melonjak, berbanding hanya 364 yang dicatatkan pada PRN 2021.

Iklan

Sementara itu, hanya empat daripada 14 calon wanita yang bertanding pada PRN Melaka berjaya memperoleh mandat pengundi melibatkan tiga calon daripada BN, manakala seorang lagi daripada PH.

Calon BN yang menang adalah Tuminah Kadi @ Mohd Hashim di DUN Pantai Kundor, Siti Aisyah Mahmood (DUN Pengkalan Batu), dan Khaidhirah Abu Zahar (DUN Rim).

Tuminah menewaskan calon Bersatu Asmah Samat dengan majoriti 2,752 undi selepas memperoleh 8,864 undi berbanding 6,112 undi yang diraih pencabarnya.

Siti Aisyah, yang juga satu-satunya calon wanita bagi DUN Pengkalan Batu, menang menerusi pertandingan empat penjuru dengan majoriti 6,358 undi.

Beliau menewaskan Jason Tze-xi Nathan dari PH dengan 5,478 undi, Norhizam Hassan Baktee dari Bersatu (876 undi), dan Goh Han Koon dari Bersama (618 undi).

Selain itu, Khaidhirah yang juga penyandang DUN Rim memperoleh 9,847 undi, menewaskan Esma Eazreen Husin daripada PH yang meraih 2,757 undi dengan majoriti 7,090 undi.

Calon wanita PH, Leng Chau Yen berjaya mempertahankan kerusi Bandar Hilir apabila memperoleh 9,942 undi menewaskan Lok Huey Yee daripada BN yang meraih 2,085 undi, dan Mohd Nor Rashidi Ab. Jalil (1315 undi), sekali gus menang dengan majoriti 7,857 undi.

Pada PRN Melaka ke-16 hari ini, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga, manakala PH mengekalkan empat kerusi dan PN tiga kerusi.

DUN Melaka dibubarkan pada 23 September lepas dan SPR menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, undi awal pada 10 November manakala pengundian pada hari ini.

Dapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16 menerusi https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/. - Bernama