MELAKA – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijadual mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka pada Ahad.
Majlis angkat sumpah tersebut dijadual berlangsung pada jam 11 pagi di Dewan Pejabat Yang di-Pertua Negeri (TYT) Melaka.
Iklan
Iklan
Perkara itu dimaklumkan menerusi hebahan Unit Media Pejabat Ketua Menteri Melaka kepada pihak media pada Sabtu.
Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Ab Rauf sebagai calon Ketua Menteri Melaka selepas gabungan BN-PAS memperoleh kemenangan 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Keputusan itu membolehkan gabungan berkenaan membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.