SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal mempertahankan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 apabila Sungai Udang dan Bemban beralih kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Di Sungai Udang, Mejar (B) Abdullah Mahadi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin yang memperoleh 18,317 undi dengan majoriti 16,214 undi.