PRN Melaka: Pengantin baharu berpatah balik ambil MyKad sebelum mengundi
Iklan
Wei Ming dan isteri tiba di pusat pengundian bersama kereta berhias.
ALOR GAJAH – Sepasang pengantin baharu yang lengkap berpakaian pengantin terpaksa berpatah balik ke rumah selepas menyedari mereka tertinggal kad pengenalan ketika tiba di pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Machap Baru di sini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Pasangan berkenaan, Yau Wei Ming, 31, yang bekerja dalam bidang pembinaan, dan isterinya, Chan Jia Rin, 27, yang bertugas di bahagian sumber manusia, tiba di pusat pengundian itu kira-kira jam 12 tengah hari dengan menaiki kereta antik berhias yang disewa khas sempena majlis perkahwinan mereka.
Iklan
Iklan
Difahamkan, pasangan itu hanya menyedari kad pengenalan masing-masing tertinggal ketika hendak mendaftar untuk proses pengundian, menyebabkan mereka terpaksa pulang sebentar ke rumah di Machap Baru bagi mengambil dokumen berkenaan.
Wei Ming berkata, mereka yang berasal dari Machap Baru dan bekerja di Singapura pulang ke tanah air pada Rabu lalu bagi melangsungkan perkahwinan yang sememangnya dirancang sejak setahun lalu.
Iklan
“Tadi, kami ke tokong untuk mengambil gambar dan bersembahyang sebelum datang ke sini untuk mengundi.
“Majlis perkahwinan ini memang dirancang sejak setahun lalu dan kebetulan tarikhnya jatuh pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Iklan
“Bangga dan seronok juga. Ini memang satu pengalaman istimewa,” katanya.
Pasangan itu difahamkan kembali ke pusat pengundian berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MB Negeri Sembilan sahkan tarik balik surat makluman pelucutan takhta Tuanku Muhriz"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengesahkan surat tular berhubung keputusan beliau bersama 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang telah dibatalkan pelantikannya untuk menarik balik surat persembahan maklum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan pelucutan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Beliau berharap, keputusan itu dapat membantu menyelesaikan krisis yang sedang berlaku di negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804563/edisi/melaka-ns/mb-negeri-sembilan-sahkan-tarik-balik-surat-makluman-pelucutan-takhta-tuanku-muhriz
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #MenteriBesar #NegeriSembilan #TuankuMuhriz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-14T08:01:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gvduA1g-1M12GPlQ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P45S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbwipl6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbwipl6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbwipl6"></script>