KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kejadian seorang anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing di Kepong, petang Rabu.
Anwar berkata, sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutama terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, tidak boleh diterima sama sekali.