Tragedi pulang konvoi RXZ: Seorang maut rempuh lori, dua lagi parah

Iklan
Perjalanan pulang sekumpulan peminat motosikal Yamaha RXZ selepas menyertai program permotoran berakhir dengan tragedi apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 414 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Ajil,

HULU TERENGGANU – Perjalanan pulang sekumpulan peminat motosikal Yamaha RXZ selepas menyertai program permotoran berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut, manakala dua lagi mengalami kecederaan parah dalam kemalangan di Kilometer 414 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Ajil, malam tadi.

Mangsa, Ahmad Syamil Nordin, 23, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu.

Iklan
Iklan

Dua lagi penunggang motosikal Yamaha RXZ berusia 28 dan 33 tahun turut terlibat dalam nahas berkenaan dan dilaporkan parah. 

Seorang daripada mereka maut, manakala dua lagi mengalami kecederaan parah.

Iklan

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, mangsa bersama beberapa rakannya dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu selepas menghadiri program Ride Silaturahim Dungun Calling 2.0 di Dungun.

Menurutnya, kemalangan dipercayai bermula apabila sebuah lori memasuki lorong kanan bagi mengelak sebuah motosikal yang terjatuh selepas hilang kawalan.

Iklan

“Motosikal Yamaha RXZ yang ditunggang mangsa dan berada di belakang gagal mengelak sebelum merempuh bahagian belakang lori berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Sharudin berkata, sebuah lagi motosikal Yamaha RXZ yang berada di belakang turut gagal mengelak lalu melanggar motosikal yang ditunggang Ahmad Syamil.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.