Ribut petir, hujan lebat di 12 negeri dan Wilayah Persekutuan

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga 7 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan di Kelantan melibatkan Gua Musang, Pasir Puteh, Machang, Jeli, Kota Bharu dan Bachok manakala di Terengganu melibatkan Kemaman dan Dungun.

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Cameron Highlands, Raub, Jerantut, Maran, Rompin, Bera, Pekan dan Kuantan manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Tampin dan Jempol.

Iklan

Sementara itu, di Johor, cuaca buruk dijangka melanda Tangkak, Segamat dan Pontian.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Serian (Tebedu), Kuching (Kuching dan Bau), Limbang, Miri (Marudi, Beluru dan Telang Usan), Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau, Pakan dan Sarikei), Betong serta Bintulu (Sebauh).

Iklan

Keadaan cuaca serupa juga dijangka menjejaskan kawasan Pedalaman, Sandakan, Pantai Barat dan Tawau (Kalabakan) di Sabah.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Labuan. - Bernama