KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah hingga 4 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kelantan (Kuala Krai) dan Terengganu melibatkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Mukah (Daro, Tanjung Manis dan Matu), Sarikei (Sarikei dan Maradong) serta Sibu (Sibu dan Selangau).
Sementara itu di Sabah, amaran berkenaan melibatkan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Kota Belud dan Tuaran), Pedalaman (Membakut), Kudat, Sandakan (Paitan) dan Tawau. - Bernama
TAG: MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat, angin kencang