26 individu termasuk warga Vietnam didenda terlibat jenayah penipuan 'online'.

Iklan
Semua tertuduh masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Kuantan pada Jumaat atas tuduhan terlibat jenayah penipuan secara dalam talian, Oktober lalu.

KUANTAN- Dua lelaki tempatan bersama 24 warga Vietnam termasuk tujuh wanita masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan terlibat jenayah penipuan secara dalam talian, Oktober lalu.

Khoo Chun Shiang,21, dan Beh Zi Xuan,29, dan warga Vietnam berusia 20 hingga 48 tahun yang mengaku bersalah di hadapan Majistret Ellyna Othman turut berdepan hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Muhamad Saifuldin Ab Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, semua tertuduh yang kebanyakan bekerja sebagai pembantu kedai, penganggur dan suri rumah itu didakwa secara bersama bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan jenayah penipuan secara dalam talian dengan cara 'phishing'.

Iklan

Tujuh wanita Vietnam antara 26 individu didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan terlibat aktiviti penipuan dalam talian.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan itu di sebuah premis di Lorong Tok Sira 8 di sini, 26 Oktober lalu.

Iklan

Bagi kesalahan itu, semua tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu dalam rayuannya, Muhamad Saifuldin memohon pertimbangan mahkamah agar mengenakan hukuman berbentuk denda minimum ke atas anak guamnya mengambil kira pengakuan bersalah yang direkodkan telah menjimatkan masa mahkamah.

Bagaimanapun pihak pendakwaan memohon satu hukuman lebih berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai berikutan peningkatan kes-kes penipun ketika ini.

Sementara itu, mahkamah turut memerintahkan barang kes dilucut hak selepas selesai tempoh rayuan.