SHAH ALAM - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak tindakan pihak tertentu yang didakwa menggunakan pendekatan provokatif ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, tindakan sedemikian tidak sepatutnya menjadi pendekatan dalam usaha meraih sokongan pengundi.