KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026-2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards.
Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata, sepanjang 77 tahun penubuhannya, TNB memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga elektrik, menyokong pertumbuhan ekonomi serta memacu pembangunan negara.