Aktifkan pengesahan pelbagai faktor elak risiko pencerobohan - Pakar siber
Iklan
Pengguna perlu sentiasa menukar kata laluan akaun penting setiap beberapa bulan sebagai langkah pencegahan daripada pencerobohan. Gambar kecil; Adlyn
SHAH ALAM - Pengguna internet dinasihatkan supaya menggunakan kata laluan yang kukuh dan berbeza bagi setiap akaun serta mengaktifkan pengesahan pelbagai faktor (MFA) untuk mengurangkan risiko pencerobohan.
Pakar keselamatan siber, Adlyn Adam Teoh berkata, langkah perlindungan berkenaan perlu menjadi asas bagi setiap pengguna terutama melibatkan akaun penting seperti perbankan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).