JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan tujuh lelaki warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, Skudai, di sini, sehingga menyebabkan sebuah kereta milik orang awam rosak.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada seorang wanita warga tempatan para kira-kira jam 10.27 malam, Selasa.
Iklan
Iklan
Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan membabitkan tujuh lelaki warga tempatan di luar kawasan pusat beli-belah berkenaan.
"Pergaduhan itu menyebabkan sebuah kereta milik orang awam yang diletakkan di sekitar kawasan kejadian mengalami kerosakan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan sehingga boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan rakyat di negeri Johor.