Usaha jatuhkan kerajaan adil adalah haram - Syeikh Wazir

Iklan
Syeikh Wazir (kanan) bersalam Anwar (tiga dari kanan) selepas selesai berselawat. 

KOTA BHARU – Usaha menjatuhkan kerajaan yang memerintah secara adil adalah perbuatan haram, kata Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki.

Beliau yang juga Tokoh Turath Islam berkata, tindakan pihak tertentu yang berusaha menjatuhkan pemimpin yang sedang mentadbir negeri dan negara itu mengingatkan kepada kemunculan golongan khawarij.

Iklan
Iklan

Menurutnya, golongan khawarij pernah menjatuhkan pemerintahan Saidina Uthman RA sebelum terlibat dalam peperangan dengan Saidina Ali RA selama bertahun-tahun.

“Membangun negeri, membangun negara, tapi ada usaha untuk menjatuhkan mereka. Na’uzubillah, haram,” katanya ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi di sini pada Sabtu.

Iklan

Syeikh Wazir

Turut hadir merasmikan majlis dan bersalawat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Syeikh Wazir juga Profesor Adjung Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut mengulangi seruan takbir sebanyak tiga kali sebelum mengakhiri ucapannya.