DARI medan berita ke padang bola sepak, pengamal media dan warga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bertemu dalam aksi persahabatan bola sepak yang menyatukan dua skop tugas berbeza.
Perlawanan bermula jam 8 malam tersebut bukan sekadar medan menunjukkan kehebatan di padang, tetapi juga platform mengeratkan hubungan antara penguat kuasa dan pengamal media dalam suasana santai dan mesra.