JKDNKA sedia gempur koloni warga asing

Iklan
Mohd Yusri

SHAH ALAM - Semua elemen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) sedia digerakkan bagi melaksanakan operasi bersepadu untuk menangani isu koloni warga asing.

Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sentiasa memantau dan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu dengan lebih berkesan.

Iklan
Iklan

"Pihak jabatan mengenal pasti beberapa kawasan panas, namun fokus utama kita adalah di sempadan khususnya tempat atau laluan tikus kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Namun, apabila berkaitan isu koloni atau penempatan ini, kita sedia buat secara bersepadu dengan agensi lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Laporan eksklusif Sinar Harian mendedahkan kewujudan koloni warga asing dikatakan masih 'aktif' menjalankan aktiviti perniagaan selain terdapat dakwaan kegiatan perjudian serta aktiviti tidak bermoral di hentian bas lama Klang dikenali sebagai 'Bus Stand Klang'.

Kebimbangan turut disuarakan penduduk tempatan yang mendakwa kawasan berkenaan seolah-olah 'dikuasai' warga asing selain dipercayai terdapat penggunaan lesen perniagaan milik warga tempatan.

Iklan

Penduduk tempatan juga menganggap warga asing terbabit seolah-olah berani mencabar undang-undang biarpun lokasi itu pernah digempur pada Julai lalu.

Justeru, Mohd Yusri menegaskan pihaknya sedia menggerakkan semua elemen bagi membantu agensi berkaitan.

"Kita mengalu-alukan maklumat orang ramai untuk disalurkan kepada polis bagi tindakan lanjut," ujarnya.