Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari dagangan kelapan

Iklan
Pada 8 pagi Rabu, ringgit meningkat kepada 4.0855/0915 berbanding dolar AS daripada 4.0865/0900 semasa ditutup pada Selasa. Gambar hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari dagangan kelapan berturut-turut pada Rabu, mencerminkan momentum mata wang tempatan yang positif secara berterusan pada awal dagangan.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0855/0915 berbanding dolar AS daripada 4.0865/0900 semasa ditutup pada Selasa.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, optimisme dalam pasaran kewangan yang didorong oleh tumpuan pelabur terhadap kecerdasan buatan (AI) terus mendominasi pasaran ekuiti global, sekali gus memberikan sokongan kepada mata wang Malaysia.

Sementara itu, katanya, Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengekalkan kadar dana persekutuan pada paras antara 3.75 peratus dan 4.0 peratus.

Iklan

"Sehubungan itu, ringgit dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil berikutan peniaga meneliti perkembangan luaran bagi menentukan hala tuju dagangan mereka.

"Ringgit dijangka berada antara RM4.07 dan RM4.08 berbanding dolar AS hari ini,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding pound kepada 5.4362/4441 daripada 5.4412/4458 semasa ditutup pada Selasa, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5858/5897 daripada 2.5903/5927 dan naik berbanding euro kepada 4.5459/5526 daripada 4.5524/5563.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1881/1932 daripada 3.1883/1913 semasa ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.0884/1115 daripada 12.1010/1160 sebelum ini.

Ringgit hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 225.0/225.4 daripada 225.0/225.3 dan peso Filipina kepada 6.36/6.38 daripada 6.36/6.37 sebelum ini. - Bernama