2,097 pegawai, anggota polis ditangkap berkaitan dadah, samun dan rasuah sejak 2021
Iklan
KDN mendedahkan 2,097 pegawai dan anggota PDRM ditangkap berkaitan kesalahan dadah, samun dan rasuah dari 2021 hingga Ogos 2026.
KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,097 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditangkap berkaitan kesalahan dadah, samun dan rasuah bagi tempoh dari 2021 hingga Ogos 2026, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kementerian itu memaklumkan jumlah berkenaan merangkumi 1,551 orang bagi kesalahan dadah, 64 orang bagi kesalahan samun dan 482 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Iklan
Iklan
Bagi kesalahan dadah, kesemua tangkapan dibuat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan 357 orang ditangkap pada 2021, diikuti 248 (2022), 245 (2023), 310 (2024), 256 (2025) dan 135 orang bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
"Bagi kesalahan samun pula, 10 orang ditangkap masing-masing pada 2021, 2022, 2025 dan lapan bulan pertama tahun ini, manakala 11 individu pada 2023 dan 13 orang pada 2024.
Iklan
"Tangkapan warga PDRM oleh SPRM pula melibatkan 77 orang pada 2021, 86 orang (2022), 129 orang (2023), 53 orang (2024), 87 orang (2025) dan 50 orang bagi Januari hingga Ogos tahun ini,” menurut KDN dalam jawapan bertulis di portal Parlimen.
Kementerian itu menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai jumlah anggota polis yang ditangkap kerana kesalahan dadah, samun dan rasuah sejak 2021, serta status siasatan terhadap 12 anggota polis yang disyaki merompak kira-kira RM200,000 mata wang kripto daripada sekumpulan warga China di Country Heights, Kajang pada 5 Februari lepas.
Iklan
Berhubung status siasatan terhadap 12 anggota polis itu, KDN memaklumkan PDRM telah membuka kertas siasatan dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. - Bernama
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.