Tun Mahathir tidak hadir forum SG4, kurang sihat - Mokhzani

Iklan
Mokhzani (kiri) ketika membacakan ucapan Mahathir (kanan) di Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4, di KLCC pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan menghadiri Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tidak hadir kerana kurang sihat.

Tan Sri Mokhzani Mahathir memaklumkan, negarawan berusia 101 tahun itu sudah menyiapkan teks ucapan, namun keadaan kesihatan tidak mengizinkannya menghadiri acara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, saya berharap anda semua dapat bersabar dengan saya dan teks yang akan saya bacakan berikut ialah keseluruhan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya ketika menyampaikan ucapan mewakili bapanya, pada Isnin.

Terdahulu berdasarkan tentatif program berkenaan, Dr Mahathir yang berperanan sebagai penasihat SG4, dijadual menyampaikan ucapan khas.

Iklan

Forum berkenaan menghimpunkan pemimpin kerajaan, pembuat dasar, pelabur, institusi kewangan, pemain industri, usahawan dan peneraju teknologi untuk membincangkan bagaimana empat negeri itu boleh bersama-sama memainkan peranan lebih besar dalam masa depan ekonomi Malaysia.

Antara perkara yang akan dibincangkan ialah perubahan persekitaran ekonomi global, keadaan semasa pelaburan dan pasaran modal, dasar kerajaan, teknologi baharu, transformasi industri serta peluang baharu di negeri-negeri SG4.

Iklan