Sedia soalan, cadangan dan semangat

Iklan
Airol Fadley

SHAH ALAM - Rakyat Pahang khususnya di Kuala Lipis perlu mengambil peluang menghadiri TownHall Rakyat Sinar Harian yang memberi ruang terbuka berdialog dan bertemu empat mata dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

Pengurus Besar Pengiklanan Sinar Karangkraf, Airol Fadley Limin berkata, program berkenaan merupakan platform istimewa untuk rakyat mendengar sendiri penjelasan Menteri Besar mengenai agenda ‘Pahang 1st’, pencapaian serta aspirasi kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, bersemuka dengan Menteri Besar Pahang merupakan peluang yang bukan mudah didapati setiap hari.

"Hanya melalui program TownHall Rakyat Sinar Harian, orang ramai boleh hadir untuk mendengar sendiri penjelasan beliau tentang pencapaian dan aspirasi untuk rakyat.

Iklan

"Kekuatan program ini lebih kepada interaksi dua hala. Kita mahu wujudkan perbualan yang bermakna antara pemimpin dengan rakyat dalam ruang lingkup bertanya, mendengar penjelasan dan memahami pandangan masing-masing.

Program yang dijadual diadakan selama satu jam 30 minit pada 26 Oktober ini bersiaran secara live serentak di semua platform digital Sinar Harian jam 8.30 malam dari Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis.

Iklan

Airol Fadley berkata, pemilihan lokasi edisi ketiga TownHall Rakyat Sinar Harian istimewa kerana ia berlangsung di bandar kelahiran Menteri Besar Pahang itu.

Justeru, beliau berharap masyarakat setempat khususnya penduduk Kuala Lipis, Jelai, Merapoh, Padang Tengku dan Benta mengambil peluang membawa suara dan aspirasi mereka.

Menurutnya, penyertaan secara fizikal memberi pengalaman berbeza berbanding mengikuti program itu menerusi media sosial.

“Siaran langsung membolehkan lebih ramai rakyat mengikuti program ini, termasuk yang berada di perantauan. Tetapi, kehadiran secara fizikal memberikan pengalaman lebih dekat dan istimewa.

“Kita dapat mengikuti keseluruhan perbincangan, mendengar konteks penjelasan dan berpeluang mengemukakan soalan sendiri. Apabila rakyat berkongsi pengalaman bersemuka, menteri besar juga dapat memahami keadaan di lapangan dengan lebih jelas,” ujarnya.

Airol Fadley berharap sasaran 1,000 pengunjung bukan sahaja tercapai, tetapi turut mengambil bahagian secara aktif dalam program tersebut.

“Datang dengan soalan, cadangan dan semangat. Tidak perlu jadi pakar dasar atau pandai berucap untuk mengambil bahagian,” katanya.