Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 landa Kepulauan Vanuatu

Iklan
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 melanda Kepulauan Vanuatu pada 10.31 pagi Sabtu. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 melanda Kepulauan Vanuatu pada 10.31 pagi Sabtu, namun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa dikesan pada koordinat 14.1 darjah selatan dan 165.5 darjah timur, kira-kira 377 kilometer (km) selatan dari Lata, Kepulauan Solomon.

Iklan
Iklan

Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 km, menurut kenyataan tersebut. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan