Anwar mohon maaf keputusan pengharaman aplikasi milik Israel

Iklan
Anwar tiba di Restoran Nasi Cikgu Sue di Kuala Lumpur bagi menikmati hidangan makan tengah hari bersama masyarakat pada Jumaat. - FOTO: Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf sekiranya keputusan pengharaman aplikasi navigasi milik entiti rejim Israel di negara ini menimbulkan kesulitan kepada rakyat.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, langkah tegas itu terpaksa diambil demi memastikan keselamatan negara dan rakyat yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Iklan
Iklan

"Saya mohon maaf andai keputusan pengharaman aplikasi navigasi milik rejim Israel ini menyusahkan rakyat.

"Namun, soal keselamatan negara dan rakyat tidak boleh dikompromi sama sekali kerana kedaulatan negara serta keselamatan maklumat peribadi rakyat mesti kita pertahankan,” kata beliau.

Iklan

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia.

Beliau berkata, langkah itu mungkin dilakukan selepas kerajaan meneliti alternatif bagi menggantikan Waze, termasuk keupayaan tempatan untuk membangunkan aplikasi seumpamanya yang mampu berfungsi dengan baik.

Iklan

Rabu lepas, kerajaan memutuskan untuk melarang semua penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel. - Bernama