KUALA LUMPUR - Kerajaan telah melakukan segala usaha sebaik mungkin untuk berunding dengan Indonesia dalam menangani isu jerebu rentas sempadan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian bagi menepis dakwaan kononnya kerajaan tidak aktif dalam menangani isu jerebu rentas sempadan yang semakin membimbangkan ketika ini.