PRN Melaka: Akmal Saleh tidak pertahan DUN Merlimau?

Iklan
Menerusi hantaran di Facebook, Dr Akmal mengucapkan terima kasih kepada Merlimau. Foto FB Akmal Saleh

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Merlimau, sebelum membayangkan kemungkinan bertanding di kawasan lain.

Iklan
Iklan

“Terima kasih Merlimau. Selepas ini ke mana? Kalau ke Serkam atau Sungai Rambai boleh ke, atau ada cadangan lain?” katanya.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang menyambut baik kemungkinan penyandang ADUN Merlimau itu bertanding di kawasan baharu.

Iklan

Antara yang meninggalkan komen ialah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang menyatakan kesediaannya untuk membantu Ketua Pemuda UMNO itu.

Seorang pengguna media sosial pula berkata, tidak kisah di kawasan mana Dr Muhamad Akmal bertanding, asalkan terus turun padang membantu penduduk yang berdepan masalah.

Iklan

“Tak kisah mana-mana, janji turun padang kalau penduduk ada masalah. You are the best,” tulisnya.

Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya beliau memberi tumpuan untuk bertanding di kerusi Parlimen.

Pada PRN Melaka 2021, Dr Muhamad Akmal menang kerusi DUN Merlimau dengan memperoleh 5,633 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Azrin Ab Majid yang mendapat 2,385 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Alim Shapie dengan 1,622 undi.

Kemenangan itu menyaksikan Dr Muhamad Akmal memperoleh majoriti 3,248 undi.