Lelaki maut kereta rempuh kontena parkir tepi jalan

Iklan
Pemandu Perodua Myvi maut selepas kereta dipandunya melanggar kontena diletakkan di tepi jalan di Jalan U10/99, Perindustrian Alam Awana, Seksyen U10, Puncak Alam pada Rabu. Foto: JBPM

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya melanggar kontena yang diletakkan di tepi jalan di Jalan U10/99, Perindustrian Alam Awana, Seksyen U10, Puncak Alam di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.14 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi pada jam 8.28 pagi.

"Komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi yang melanggar sebuah kontena diletakkan di tepi jalan.

Iklan

"Terdapat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an tersepit di bahagian pemandu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah di kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi melibatkan tujuh anggota dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS)," jelasnya.