ROM - Paus Leo XIV disahkan menghidap kanser paru-paru selepas menjalani pembedahan membuang lobus bawah paru-paru kanannya, menurut pasukan perubatan Hospital Gemelli di Rom pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemimpin Gereja Katolik berusia 71 tahun itu menjalani pembedahan yang telah dijadualkan pada Selasa bagi membuang ketulan pada paru-parunya, yang menurut Vatican berjalan lancar.