NAHA (Jepun) - Lebih 20 penerbangan mengalami kelewatan atau dibatalkan pada Selasa di Lapangan Terbang Naha di wilayah pulau selatan Okinawa selepas satu daripada tiga pos pemeriksaan keselamatan ditutup selama dua jam berikutan kebimbangan bahawa kakitangan pembersihan telah meninggalkan sebilah gunting di situ, lapor Kyodo News.
Gunting itu pada mulanya dikhuatiri berada di kawasan larangan selepas pos pemeriksaan terminal domestik, tetapi kemudiannya ditemukan di kawasan berbeza, menurut cawangan lapangan terbang Kementerian Pengangkutan Jepun.