SHAH ALAM - Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan masih ditutup pada Rabu susulan situasi jerebu semasa.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan itu turut melibatkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan Sepang di Selangor.
Menurut beliau, di Pahang pula hanya sekolah di bawah PPD Kuantan, Pekan dan Rompin ditutup.
"Begitu juga sekolah di kawasan PPD Tawau, Sabah dan PPD Serian, Sri Aman serta Lubok Antu di Sarawak tidak dibuka.
"Sekolah di semua negeri dan daerah lain beroperasi seperti biasa," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Tambah Fadhlina, sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan.
"Manakala guru-guru dan AKP dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR).