Agong berkenan terima menghadap Ketua Polis Negara

Iklan
Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Mohd Khalid di Istana Negara pada Selasa. - FOTO: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara di sini.

Iklan
Iklan

Pada sesi menghadap itu, Mohd Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid kepada Seri Paduka Baginda.

Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 Sept lepas.

Iklan

Mohd Khalid turut memperkenalkan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu iaitu Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Mohamad Zainal yang sebelum ini menyandang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak, dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM berkuat kuasa 15 September lepas.

Iklan