BUKIT MERTAJAM - Pengunjung Pasar Awam Sama Gagah di sini pada Selasa gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki berbalut kain di dalam longkang kawasan pasar itu.
Mayat dalam keadaan terbaring itu ditemukan kira-kira 7 pagi sebelum orang awam menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya.
Iklan
Terdahulu, beberapa keping gambar berkaitan penemuan mayat itu tular di media sosial. - Bernama
Iklan