Budak lelaki 7 tahun cedera parah diserang lapan anjing liar

Iklan
Anjing liar berkeliaran di taman permainan berhampiran flat Lima Kedai Iskandar Puteri.

ISKANDAR PUTERI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan lapan anjing liar ketika bermain di taman permainan berhampiran flat perumahan Lima Kedai di sini, petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata, leher, kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad berkata, kejadian itu amat membimbangkan dan memerlukan tindakan segera pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

Menurutnya, langkah berkesan perlu diambil bagi menangani masalah anjing liar yang boleh mengancam keselamatan orang awam, terutama kanak-kanak yang menggunakan kemudahan awam di kawasan perumahan.

Iklan

Pandak yang turut melawat mangsa berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dengan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Pandak (kanan) bertemu penduduk di flat Lima Kedai.

Iklan

Insiden terbaharu itu menambah kebimbangan orang ramai berhubung ancaman anjing liar, susulan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang cedera parah selepas diserang lima anjing di Kampung Tambak, Batu Pahat, pada 5 September lalu.

​Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi mengalami kecederaan parah hampir seluruh badan akibat diserang sekumpulan anjing liar di hadapan rumahnya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan awal sebelum dipindahkan ke HSA bagi pembedahan pakar lanjutan.