Prof Kuik Cheng-Chwee tersenarai dalam '2 peratus saintis teratas dunia'

Iklan
IKMAS UKM merakamkan ucapan tahniah kepada Cheng-Chwee yang tercalon dalam senarai "2 peratus Saintis Teratas di Seluruh Dunia" bagi tahun 2026.

SHAH ALAM - Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kuik Cheng-Chwee tercalon dalam senarai"2 peratus Saintis Teratas di Seluruh Dunia" bagi tahun 2026.

Senarai berprestij itu diterbitkan menerusi pangkalan data petikan saintis global hasil kerjasama antara pakar dari Universiti Stanford dan syarikat penerbitan akademik, Elsevier.

Iklan
Iklan

IKMAS UKM dalam satu hantaran media sosial merakamkan ucapan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas pengiktirafan yang diterima oleh Felo Utamanya itu.

"Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan berterusan penyelidik IKMAS dalam memperkukuh keterlihatan penyelidikan UKM di peringkat antarabangsa.

Iklan

"Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IKMAS untuk terus memperkasakan budaya penyelidikan dan kecemerlangan akademik," katanya pada Isnin.

Selain Cheng Chwee, hanya tiga ahli akademik lain dari kawasan Asia Timur yang tersenarai bagi kedudukan tahunan tersebut iaitu Zeng Jinghan dari City University of Hong Kong, Qin Yaqing (Shandong University) dan Yan Xuetong (Tsinghua University).

Iklan

Manakala, seorang lagi pakar dari rantau Asia Tenggara yang turut tercalon ialah AKW Ahsan Ulla dari Brunei.

Pencapaian itu menyaksikan Cheng Chwee menduduki tempat ke-31 di peringkat dunia dalam subbidang"Pengaruh Tahunan" Hubungan Antarabangsa, sekali gus meraih kedudukan tertinggi dalam kalangan pakar dari institusi pengajian tinggi di Asia.

Kejayaan ini merupakan kali keempat beliau tersenarai dalam pangkalan data berkenaan dan merupakan kali pertama seorang ahli akademik daripada institusi di Asia memimpin kedudukan pengaruh tahunan bagi subbidang berkenaan.

Cheng Chwee merupakan tokoh penting dalam pembangunan teori"perlindungan nilai" (hedging) bagi penyelidikan hubungan antarabangsa, selain menjadi pakar strategik dan kerjasama pembangunan di Asia Tenggara.

Fokus penyelidikan beliau merangkumi tingkah laku keterhubungan negara-negara kecil, multilateralisme rantau, keselamatan Asia Timur, hubungan China-ASEAN serta dasar luar Malaysia.